FAQ (BAHAGIAN HAL EHWAL PELAUT DAN PELABUHAN)

 

 

  1. Apakah keperluan yang ditetapkan untuk memohon penubuhan pusat latihan maritim?

 

Permohonan penubuhan pusat latihan maritim hendaklah dibuat terus kepada Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Keperluan dan panduan permohonan boleh merujuk pada NMPM 1/99. 

 

 

  1. Apakah alamat pusat latihan maritim yang ada menawarkan kursus-kursus modular mengikut konvenysen STCW 95?

 

Pusat latihan maritim yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut dibawah perlaksanaan konvensyen STCW 95 adalah seperti yang tersenarai dalam  http://www.marine.gov.my/service/Pusat%20Latihan.pdf. Anda bolehlah terus menghubungi pusat latihan berkenaan bagi tujuan kursus.

 

 

  1. Saya ingin mendapatkan pemeriksaan perubatan sebagai pelaut, klinik manakah yang perlu saya tujui?

 

Anda boleh membuat pemeriksaan perubatan di mana-mana panel klinik yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Senarai klinik yang terdekat dengan anda boleh dirujuk dari alamat berikut http://www.marine.gov.my/service/doctorlist.pdf

 

 

  1. Apakah syarat-syarat untuk menjadi seorang pengamal perubatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut?

 

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan JL/HEPP/B/10 dengan lengkap dan menghantar terus kepada Ibu Pejabat Laut Semenanjung Malaysia dengan menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:

i)                    Satu (1) gambar warna saiz kad pengenalan

ii)                   Salinan Kad Pengenalan

iii)                 Sijil kelulusan kedoktoran

iv)                 Sijil MMC

v)                  Sijil diploma/Ijazah dalam Occupational Health/ Medicine atau Sijil kursus pengenalan bidangkerja maritim.

 

Anda boleh merujuk kepada NMPM 11/1999 & NMPM 17/1999 di laman web www.marine.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

 

  1. Bagaimana hendak memperolehi borang permohonan, borang laporan bagi pemeriksaan perubatan?

 

Borang-borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web www.marine.gov.my dibawah Borang/Bahagian HEPP.

 

 

  1. Bilakah Jabatan Laut akan mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan bagi bagi calon-calon bahagian dek dan injin?

 

Semakan tarikh peperiksaan terkini bagi bahagian dek dan injin boleh didapati di laman web www.marine.gov.my dibawah Nota Maklumat dan Panduan Merin (NMPM).

 

 

  1. Saya ingin membuat pembelian buku/penerbitan Jabatan Laut. Bagaimanakah caranya dan berapakah bayaran yang dikenakan?      

 

Anda boleh membuat pembelian penerbitan yang dikehendaki di Wisma Pelaut Pelabuhan Kelang atau di Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada NMPM 19/1999 bagi senarai-senarai penerbitan serta bayaran yang dikenakan.

           

 

  1. Saya ingin memohon Perakuan Pengiktirafan (COR), apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi?

 

Permohonan Perakuan Pengiktirafan hendaklah dibuat di Pejabat-Pejabat Pelabuhan yang berdekatan dengan mengisi borang JL/HEPP/B/03 dan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti yang digariskan dimukasurat 2 borang tersebut. Untuk makluman lanjut bolehlah merujuk pada NMPM 25/2000 dan NPM 9/1999.

 

 

  1. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan Perakuan
    Pengiktirafan?

 

Bayaran bagi setiap permohonan adalah mengikut jenis permohonan seperti berikut :-

 

i)                    Permohonan baru : RM 600.00

ii)                   Permohonan Pembaharuan : RM 600.00

iii)                 Rosak/Hilang : RM 100.00

 

Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos, Kiriman Wang, atau Bank Draf atas nama Pengarah Wilayah berkenaan.

 

  1. Berapa lamakah  proses pengeluaran Perakuan Pengiktirafan?

 

Sijil Perakuan Pengiktirafan akan diproses dalam masa 3 bulan berdasarkan tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

 

  1. Pemegang Sijil Perakuan Kekompetenan (COC) dari Negara manakah yang layak untuk memohon Perakuan Pengiktirafan?

 

Perakuan Pengiktirafan boleh dikeluarkan kepada pelaut tempatan dan pelaut asing yang berkhidmat di atas kapal Malaysia yang memiliki Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Negara luar yang menandatangani MOU dengan Malaysia. Senarai Negara tersebut boleh didapati melalui laman web http://www.marine.gov.my/misc/nmpmstcwmou.pdf

 

 

  1. Berapa lamakah tempoh sahlaku Sijil Perakuan Pengiktirafan?

 

Tempoh sahlaku Perakuan Pengiktirafan (COR) tidak lebih dari 1 tahun, jika sekiranya tempoh sah laku Perakuan Kekompetenan (COC) kurang dari 1 tahun, maka tempoh sah laku COR adalah mengikut tarikh tamat sah laku COC tersebut. Tempoh sah laku COC semasa permohonan COR dibuat hendaklah tidak kurang daripada enam (6) bulan bagi membolehkan COR diproses.

 

 

  1. Saya ingin memohon Dokumen Keanggotaan selamat (Safe Manning Document) apakah keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi?

 

Garispanduan bagi Permohonan Dokumen atau Perakuan Keanggotaan Selamat boleh didapati melalui laman web berikut http://www.marine.gov.my/service/notice/mgn/nmpm512004.pdf

Permohonan hendaklah mengisi dengan lengkap borang seperti dalam Lampiran 1a dan Lampiran 1b dan menghantar permohonan tersebut kepada Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

 

  1. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat?

 

Bayaran akan dikenakan setelah permohonan diluluskan dan dokumen tersebut hanya akan diserahkan kepada pemohon setelah menjelaskan pembayaran. Jumlah yang perlu dibayar adalah bergantung pada jenis permohonan seperti yang dinyatakan dalam NMPM 51/2004.

 

 

  1. Berapa lamakah proses pengeluaran Dokumen Keanggotaan Selamat?

 

Permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat akan diproses dalam tempoh satu (1) bulan berdasarkan tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

 

  1. Jika sebuah kapal ingin memiliki lebih dari satu Dokumen Keanggotaan Selamat apakah keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi?

 

Sebuah kapal boleh memiliki lebih dari satu Dokumen/Perakuan Keanggotaan Selamat bergantung pada satu-satu jenis pelayaran iaituDomestik, Near Coastal atau Unlimited’. Keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi adalah seperti yang digariskan dalam NMPM 51/2004.

 

  1. Berapa lamakah tempoh sahlaku Dokumen/Perakuan Keanggotaan Selamat?

 

Tempoh sahlaku Dokumen/Perakuan Keanggotaan Selamat adalah selama lima (5) tahun.