Mesej Ketua Pengarah Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.
Diharapkan laman ini dapat memberikan manfaat yang besar di dalam pencarian maklumat untuk mengetahui mengenai kami.
Keselamatan pengangkutan laut teramat penting dalam memastikan keberkesanan dalam membawa barangan mahupun perkhidmatan
secara umumnya. Dengan mengingati tanggungjawab ini, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, telah dipertangungjawabkan untuk
mengatur keselamatan marin di dalam perairan Malaysia, dimana kami telah memulakan program kesedaran untuk memberitahu semua pelanggan,
samada tempatan atau antarabangsa, mengenai pembangunan terkini berkaitan dengan penggunaan perairan yang selamat di Semenanjung Malaysia.
Sejajar dengan visi Kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan pentadbiran 'paperless'
seiring dengan pembangunan Kerajaan Elektronik, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
telah memulakan program pemodenan untuk meningkatkan keupayaannya dalam bidang
teknologi maklumat. Ketika ini kami di dalam proses on-line di peringkat kebangsaan
untuk menyambung semua pejabat-pejabat di dalam negara ini melalui sistem komunikasi
intranet. Ini dapat digunakan oleh para pengguna kami untuk mencapai
pangkalan maklumat dan ini memberikan mereka maksud sebenar capaian maklumat mengikut keperluan mereka.
Diharapkan dengan peningkatan dalam kemudahan capaian ini dapat meningkatkan
kesedaran keselamatan kepada semua yang terbabit dalam bidang perkapalan. Adalah
penting untuk menekankan bahawa keselamatan adalah unsur yang amat penting dalam
ekonomi perkapalan dan keperluan dalam palaburannya.
Secara ikhlasnya kami berharapkan semua individu, samada daripada sektor awam, sektor
swasta ataupun orang awam, akan mendapat manfaat daripada laman web ini. Anda
dialu-alukan untuk melayari laman ini dan jika ada kekurangan, kami amat menghargai
maklum balas untuk membantu kami meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan
kami. Kepuasan pelanggan adalah unsur penting dalam perkhidmatan kami.
(Dato' Kapten Ahmad Bin Othman )
Ketua Pengarah,
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia