OBJEKTIF
Menentukan satu sistem perhubungan laut yang selamat, aman, teratur dan konsevansi laut ke arah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti.
AKTIVITI UTAMA
- Pendaftaran kapal dan perlesenan bot-bot;
- Kawalselia undang-undang perkapalan;
- Pemeriksaan keselamatan kapal;
- Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Bendera Negara & Kawalan Pelabuhan Negara;
- Kawalselia ISM Code;
- Verifikasi ISPS Code;
- Penyiasatan kemalangan kapal;
- Keselamatan Maritim dan pemeriksaan kapal;
- Latihan dan peperiksaan;
- Mencegah dan mengawal pencemaran marin;
- Pengurusan alat-alat bantuan pelayaran;
- Konvensyen antarabangsa.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA
- Memastikan keselamatan pelayaran kapal-kapal dagang;
- Memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal dagang seperti pemeriksaan kapal, persijilan, pendaftaran dan pelesenan;
- Memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal yang masuk ke perairan dan pelabuhan Malaysia;
- Menyeliakan peperiksaan untuk pelaut-pelaut.