Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan
kepada semua masyarakat perkapalan bagi mempertingkatkan keselamatan Sistem
Perhubungan Laut
Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :-
1. Mengadakan Peperiksaan Sijil Kecekapan Laut sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi setiap gred;
2. Mengadakan Peperiksaan Sijil Kecekapan Laut sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi setiap gred;
3. Mengeluarkan Sijil Kecekapan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan diisytiharkan;
4. Memproses dokumen untuk perolehan pelepasan pelabuhan bagi kapal dalam masa dua jam dari permohonan diterima;
5. Mengedarkan notis pelaut kepada kesemua pihak yang disenaraikan selewat-lewatnya dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh maklumat diterima;
6. Memproses pengeluaran Sijil Modular dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh maklumat diterima;
7. Menjalankan pemeriksaan akhir dan memproses pengeluaran Sijil Statutory Kapal dalam masa 7 hari bekerja selepas lulus pemeriksaan yang ditetapkan;
8. Memproses pengeluaran Sijil Pendaftaran Kapal dan juga Lesen Bot dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
9. Menjalankan pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Kapal dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan diterima;
10. Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan Sijil Penuh Dokumen Kepatuhan ( Kod ISM ) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup;
11. Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99% setahun ;
12. Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98% setahun;
13. Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97% setahun.