NOTIS PERKAPALAN MALAYSIA

( MALAYSIA SHIPPING NOTICE )

NPM 10/1999 (Sementara)

IbuPejabat laut Semenanjung Malaysia

Peti Surat 12, 42007 Pelabuhan Klang,

Telefon : 3686616 Fax : 03-3685289 E-mail : kpgr@marine.gov.my

http://www.marine.gov.my


TARIKH ROLLOVER GPS

GPS ROLLOVER DATE


Notis kepada Pemilik Kapal, Pengendali Kapal, Nahkoda, Pegawai,, Penjaga Waktu Kapal Dan Pembantu Penjaga Waktu Kapal

Notice to Shipowners, Ship Operators, Masters, Officers, Watchkeepers and Assistant Watchkeepers.


Notis ini bertujuan memaklumkan kepada semua masyarakat perkapalan bahawa tarikh rollover GPS adalah di antara petang 21 Ogos 1999 dan pagi 22 Ogos 1999.

This Notice is to inform the shipping community of the GPS rollover date. The rollover date is between afternoon 21st August and morning 22nd August 1999

Rollover GPS berlaku apabila nilai kiraan mingguan GPS (GPS week number count) telah mencapai nilai maksima 1024 dan kembali kepada nilai asas iaitu 0. Akibat dari kejadian ini sekurang-kurangnya dua situasi berikut mungkin dialami iaitu;

  1. Bacaan kedudukan lokasi yang dikeluarkan oleh peralatan GPS tidak tepat, dan
  2. Isyarat arahan kelajuan auto-pilot yang menggunakan GPS mungkin tidak tepat.

The rollover GPS occurs when GPS week number count attains the maximum 1024 and returns to its original value, zero (0). Subsequently, ships may experience the following :

  1. Position indicated on the GPS reading may not be correct.
  2. Speed command indicated on the GPS assisted auto pilot may not be correct.

Adalah disarankan semasa tempoh tersebut, tuan hendaklah memberikan pengawasan yang rapi supaya segala risiko dapat diambil tindakan segera dan bijak. Tuan juga dinasihatkan untuk mempunyai perancangan kontigensi yang berkesan untuk dijadikan panduan sekiranya diperlukan.

All parties concerned are invited to give special attention, and to monitor the GPS related equipment closely during that period to avoid any difficulty. You are also advised to have an effective contigency plan to be adopted as a guidance when the need arise.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(KAPT RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARARULZAMAN)

Ketua Pengarah Laut

Jabatan Laut Semenanjung Malaysia

Tarikh : 22hb Julai 1999