PEKELILING PELABUHAN NO. 16 TAHUN 1998
TARIKH : 16 September 1998
KEPADA : SEMUA MASYARAKAT PERKAPALAN DAN NELAYAN
KERJA-KERJA PENGOREKAN PASIR DI PERAIRAN JOHOR TIMUR
Kerja-kerja pengorekan pasir akan / sedang dijalankan di perairan Johor Timur di bawah Syarikat Hi Connection Bricks Sdn. Bhd di dalam kawasan yang dibenarkan untuk Ibex Coorporatin. Kawasan tersebut ialah di laut Punggai , Sungai Rengit , Johor.
Tarikh : 12 September 1998 hingga 12 September 2001.
Masa : 24 jam sehari termasuk hari cuti am dan cuti mingguan.
KAWASAN PENGOREKAN:
Bil. |
Latitude |
Longitude |
A. |
010 25' 22" |
1040 17' 00" |
B. |
010 25' 54" |
1040 18' 12" |
C. |
010 22' 36" |
1040 18' 30" |
D. |
010 22' 21" |
1040 17' 18" |
SUHAIMI BIN ABDULLAH.
b.p Pengarah Laut , Wilayah Selatan.
Tarikh : 5 Oktober 1998
PENGENDALIAN SISTEM KOMPUTER (Y2K)
Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan masalah yang mungkin dihadapi kepada sistem berkomputer di atas kapal akibat pertukaran tarikh 1 Januari 2000 yang juga dikenali sebagai masalah Y2K.
Masalah ini berkemungkinan dihadapi oleh perisian sistem komputer yang menggunakan dua angka untuk merujuk kepada tahun semasa berdasarkan kepada tanggapan angka "19" sebelum dua angka yang dirujukkan. Oleh demikian sistem berkenaan tidak mungkin membezakan tahun "1900" dengan tahun "2000" menjelang tahun genap pada jam 0000 1 Januari tahun 2000.
Jenis-jenis komputer yang mungkin terlibat diantaranya adalah seperti berikut:-
Dengan ini pemilik , penyewa , pengusaha serta nahoda kapal dinasihatkan melalui Notis Perkapalan Saudagar bilangan 8 , 9/1998 untuk mengambil tindakan dan prosidur bagi mangatasi masalah Y2K ini. Diantara langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti berikut:-
Perlu diingatkan Jabatan Laut memerhatikan bahawa jika tindakan yang sewajarnya tidak diambil , tindakan susulan akan dikenakan khusus dalam penyemakan persijilan "SMS" bagi keperluan Kod "ISM".
AZIZUDIN BIN MOHAMAD.
Ketua Bahagian Keselamatan Pelayaran.
b.p Pengarah Laut , Wilayah Selatan.