MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN HOMEPAGE (JITH) BIL.4/98
Tarikh : 6 Oktober 1998

Masa : 2:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat,

Ibu Pejabat Laut Semenanjung Malaysia

Pelabuhan Kelang, Selangor.

 

Kehadiran :

 

Y.M. Kapt Raja Malik Saripulazan bin Raja Kamaruzaman Ketua Pengarah Laut (Pengerusi)

En. Baharin bin Abdul Hamid Bahagian Perkhidmatan Bantuan

En. Mohd Abdul Basar bin Taji Bahagian HEPP

En Roslee bin Yusof Bahagian Keselamatan Pelayaran

Kapt. Mohamad Halim bin Ahmad Bahagian Kawalan Industri

Pn Hairani bt Ibrahim Pejabat Laut Wilayah Tengah

En. Shukri bin Hamat KPP Unit Sistem Maklumat

En Shahiruddin bin Taib Pegawai Sistem Maklumat

Pn Wan Norliza bt Meor Mohd Affandi Pegawai Sistem Maklumat

En. Mohd Som bin Mohd Amil Pen. Pegawai Sistem Maklumat

Pn Norhayati bt. Abd Rahman Pen. Pegawai Sistem Maklumat

Cik Sharina bt Mohd Said Pen. Pegawai Sistem Maklumat

 

Turut Hadir.

 En Raziff bin Ahmad Pengarah Laut Sarawak

En Zulkurnain bin Ayub Pengarah Laut Sabah

Tn. Hj Rodi bin Shamsudin Pengarah Laut Wilayah Tengah

En. Hazman bin Hussain Pengarah Laut Wilayah Selatan

En. Nor Arif bin Yusof Pengarah Laut Wilayah Timur

Tn. Hj. Jamaluddin bin Yusof Pengarah Laut Wilayah Utara

Cik Samariah bt.Ebol Pen. Pegawai Sistem Maklumat (Sabah)

 
 
AGENDA
KETERANGAN
TINDAKAN
1.0
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2.0 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2.0
 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1  Pengerusi mengucapkan salam sejahtera kepada semua para 
       hadirin
1.2  Pengerusi memaklumkan bahawa jemputan ke atas  
       Pengarah-pengarah Wilayah, Pengarah Laut Sabah dan 
       Pengarah Laut Sarawak adalah untuk memberi maklumat 
       terkini berkenaan pekeliling Pelaksanaan Gerbang 
       Perkhidmatan Awam Malaysia (MCSL) dan Laman Agensi 
       Kerajaan daripada Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia.
1.3  Pengerusi memaklumkan bahawa Lembaga Perolehan telah 
       meluluskan tender Jabatan Laut Semenanjung Malaysia 
       IPL5/98 melalui surat Kementerian KP/Y3Y.397/1 Jld (29) 
       bertarikh 7 Oktober 1998.
1.4  Pengerusi memaklumkan bahawa langkah-langkah untuk 
       mengatasi masalah Y2K hendaklah diselaraskan di peringkat 
       Jabatan dan mesyuarat akan diadakan sebulan sekali. 
       Mesyuarat pertama diadakan pada 8 Oktober 1998 di 
       Kuching di antara Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, 
       Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak.
 

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1  MENYELARAS FORMAT DAN PELAKSANAAN 
       LAMAN WEB JABATAN
  
       2.1.1  Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) telah
                  mengedarkan pekeliling Pelaksanaan Gerbang 
                  Perkhidmatan Awam Malaysia (Malaysian Civil Service
                  Link -MCSL) dan Laman Agensi Kerajaan sebagai 
                  garispanduan pembangunan dan penyelenggaraan
                  laman agensi-agensi kerajaan.
     
      2.1.2    Menyuarat dimaklumkan beberapa perkara penting 
                  yang patut diberi perhatian di dalam pembinaan Laman 
                  Rasmi Jabatan ialah:

                  i)  Bersifat interaktif supaya pelanggan dan agensi 
                      kerajaan dapat berkomunikasi secara atas talian
                      (on-line) 

                 ii)  Penyelanggaraan yang berterusan untuk memastikan 
                      maklumat-maklumat terkini, berkaitan dengan 
                      keadaan semasa dan mengikuti teknologi terkini

                iii)  Mempromosikan usaha-usaha Kerajaan dan dapat 
                     membetulkan salah tanggap terhadap kerajaan.

                iv)  Laman hendaklah disediakan di dalam dua versi iaitu 
                      versi bahasa Melayu dan Inggeris. Penggunaan 
                      bahasa yang betul seperti yang ditetapkan oleh 
                      Dewan Bahasa Pustaka.

                v)  Menyediakan kemudahan rangkaiterus "hyperlink" ke 
                     gerbang utama Malaysian Civil Service Link (MCSL).
                     MAMPU hendaklah dimaklumkan mengenai
                     rangkaiterus tersebut.

               vi)  Piawaian rekabentuk hendaklah mengikut garis
                     panduan yang diberikan oleh MAMPU.
 
      2.1.3  Mesyuarat dimaklumkan penyediaan kandungan   
                maklumat laman hendaklah mengambil perhatian 
                perkara-perkara berikut:

                i)  Maklumat yang disediakan hanya maklumat capaian
                    awam sahaja. Maklumat terperingkat tidak 
                    dibenarkan.

               ii)  Laman tidak dibenarkan menggunakan sumber yang 
                   dilindungi oleh undang-undang hakcipta. 
                   Sumber-sumber ini hanya boleh digunakan setelah 
                   mendapat kebenaran pemiliknya.

              iii)  Muka pertama laman perlu disediakan dalam satu 
                   dokumen yang dipaparkan dalam bahasa Melayu dan
                    Inggeris dan mengandungi perkara-perkara seperti
                    Ucapan selamat datang, nama dan logo jabatan,
                    masukan ke versi bahasa Melayu dan Inggeris, 
                    rangkaiterus ke MCSL, laman agensi induk dan
                    laman-laman penting yang berkaitan, tarikh  
                    dilancarkan dan kemaskini terakhir laman, alamat,
                    no.telefon , no. fax jabatan dan penafian.

             iv)  Muka kedua laman dikhaskan untuk penyediaan 
                   direktori maklumat, menghebahkan pengumuman
                   penting, memaklumkan maklumat terkini dan 
                   penyediaan masukan secara interaktif

      2.1.4  Mesyuarat bersetuju :

               i)  Menubuhkan Pasukan Petugas Penyediaan Laman   
                   yang terdiri daripada pegawai-pegawai di bahagian 
                   pengguna dan Unit Sistem Maklumat.

              ii)  Menggabungkan laman web Semenanjung, Sabah dan 
                   Sarawak kepada satu laman web Jabatan Laut 
                   Malaysia .

             iii)  Laman web hendaklah menggunakan warna korporat 
                  jabatan.

             iv)  Semua notis-notis/ maklumat yang dikeluarkan pejabat
                   pelabuhan hendaklah dimasukkan ke dalam laman web
                   jabatan.
 

 

PENUTUP

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3:40 petang. Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 

Bahagian Perkhidmatan Bantuan

 Makluman

 

 

 

 

 

 
Makluman

 

 

 

Pasukan Petugas Penyediaan Laman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasukan Petugas Penyediaan Laman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 

JITH

 

 

Pasukan Petugas Penyediaan Laman

 
Pasukan Petugas Penyediaan Laman

Pasukan Petugas Penyediaan Laman