:: Mesej Pengarah ILPPPL
:: PROFIL
    ILPPPL Sepintas Lalu
    Fungsi ILPPPL
    Visi,Misi,Objektif
    Dasar Kualiti
    Piagam Pelanggan
    Struktur Organisasi
   Fungsi Unit
    Logo ILPPPL
:: JADUAL & KURSUS
    Katalog Kursus
    Jadual Kursus
:: KEMUDAHAN
    Infrastruktur
    Pembelajaran
:: DEREKTORI
    Senarai Emel
   
 
 
  
  
   
   
:: PENGUMUMAN


:: HIPERANGKAI
  
  
  
  
  
  
:: PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan & maklumbalas sila emel kepada ilpppl@marine.gov.my

 

Mesej Pengarah Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut


Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

Diharapkan laman ini dapat memberikan manfaat yang besar di dalam pencarian maklumat untuk mengetahui mengenai kami.

Keselamatan pengangkutan laut teramat penting dalam memastikan keberkesanan dalam membawa barangan mahupun perkhidmatan secara umumnya. Dengan mengingati tanggungjawab ini, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, telah dipertangungjawabkan untuk mengatur keselamatan marin di dalam perairan Malaysia, dimana kami telah memulakan program kesedaran untuk memberitahu semua pelanggan, samada tempatan atau antarabangsa, mengenai pembangunan terkini berkaitan dengan penggunaan perairan yang selamat di Semenanjung Malaysia.

Sejajar dengan visi Kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan pentadbiran 'paperless' seiring dengan pembangunan Kerajaan Elektronik, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah memulakan program pemodenan untuk meningkatkan keupayaannya dalam bidang teknologi maklumat. Ketika ini kami di dalam proses on-line di peringkat kebangsaan untuk menyambung semua pejabat-pejabat di dalam negara ini melalui sistem komunikasi intranet. Ini dapat digunakan oleh para pengguna kami untuk mencapai pangkalan maklumat dan ini memberikan mereka maksud sebenar capaian maklumat mengikut keperluan mereka.

Diharapkan dengan peningkatan dalam kemudahan capaian ini dapat meningkatkan kesedaran keselamatan kepada semua yang terbabit dalam bidang perkapalan. Adalah penting untuk menekankan bahawa keselamatan adalah unsur yang amat penting dalam ekonomi perkapalan dan keperluan dalam palaburannya.

Secara ikhlasnya kami berharapkan semua individu, samada daripada sektor awam, sektor swasta ataupun orang awam, akan mendapat manfaat daripada laman web ini. Anda dialu-alukan untuk melayari laman ini dan jika ada kekurangan, kami amat menghargai maklum balas untuk membantu kami meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan kami. Kepuasan pelanggan adalah unsur penting dalam perkhidmatan kami.

(Rosnan Bin Fathlal)
Pengarah,
Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan ILPPPL tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Gunakan resolusi 1024x768 dan IE 5.5 ke atas.
Hak Cipta Terpelihara © 2008 ILPPPL